Tuesday, April 7, 2020

Kaedah Fiqh

SOALAN 2

1. Setiap perkara dinilai berdasarkan niat (Al-Umur Bi Maqasidiha)


Semua perkara yang berkaitan dengan perkra ibadat seperti puasa, solat, berwuduk, dan sebagainya,

contohnya sembahyang seseorang itu tidak akan sah sekiranya tidak disertai dengan niat, atau pun puasa seseorang itu terbatal jika tidak disertai dengan niat pada waktu yang telah di bolehkan.

Hukum terhadap sesuatu perkara (perbuatan/percakapan) terletak kepada TUJUAN ia dilakukan

TUJUAN NIAT :
Membezakan amalan ibadat dengan amalan adat
Membezakan tingkatan atau tahap sesuatu ibadat itu
Menentukan sah atau tidaknya sesuatu amalan yang dilakukan
Oleh itu, setiap amalan mahupun tindakan seseorang mukallaf sama ada yang berbentuk percakapan atau perbuatan itu tidak sama kerana terdapat NIAT @ TUJUAN yang berbeza

Justeru, hukum ke atas sesuatu perkara berdasarkan kepada niat dan tujuan perkara itu dilakukan












2. Kesusahan membawa kemudahan (Al-Mashaqqah Tajlibu at-Taisir)



Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ( masyaqqah tajlibu al-taisir ) ialah masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja amal yang berguna.

DEFINISI MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR ‏) ﺍﻟﻤﺸﻘﺔ ﺗﺠﻠﺐ ﺍﻟﺘﻴﺴﻴﺮ KESUKARAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN)

Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud sesuatu yang meletihkan. [1] Manakala dari sudut istilah pula masyaqqah digunakan khusus bagi merujuk kepada sesuatu yang pada kebiasaannya mampu dilakukan, tetapi dalam hal tertentu ia telah keluar dari batas-batas kebiasaan dan menyebabkan seseorang mukallaf mengalami kesukaran untuk melaksanakannya. [2]

Kaedah ini bermaksud kesukaran itu menarik adanya kemudahan / kesukaran membawa kepada keringanan. Selain itu juga, kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam. [3] Bahkan, ia selaras dengan kaedah dengan lafaz kaedah :

‏( ﺇﻥ ﻛﻞ ﻣﺄﻣﻮﺭ ﻳﺸﻖ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ ﻓﻌﻠﻪ ﺳﻘﻂ ﺍﻷﻣﺮ ﺑﻪ، ﻭﻛﻞ ﻣﻨﻬﻲ ﺷﻖ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺇﺟﺘﻨﺎﺑﻪ ﺳﻘﻂ ﺍﻟﻨﻬﻲ ﻋﻨﻪ ‏) . [4]

Maksudnya :

“Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur suruhan terhadapnya dan segala perkara tegahan membebankan hambanya menjauhinya, gugur tegahan mengenainya” .

Dalil-dalil yang berkaitan dengan kaedah Masyaqqah Tajlibu al-Taisir




Tujuan Musyaqqah :

Terdapat beberapa tujuan musyaqqah, antaranya :

A) Musyaqqah atau kesukaran bertujuan mendatangkan kesenangan atau keringanan daripada kesusahan yang biasa seperti tugas tugas yang membebankan sehingga boleh membawa kepada kemudaratan kepada diri atau harta benda.

B) Musyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh jadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah. Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya puasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab mengambil rukhsah.

Sebab-Sebab Keringanan :

Terdapat tujuh sebab keringanan yang diberikan oleh syarak dalam ibadat, iaitu:

i. Musafir: Syarak memberikan keringanan seperti qasar dan jamak seperti berbuka puasa.

ii. Sakit: syarak memberikan keringanan seperti meninggalkan puasa dan tayamum.

iii. Paksaan: syarak mengharuskan seseorang yang diharuskan dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur

iv. Lupa: seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal puasanya.

v. Kejahilan: tidak batal solat orang yang bercakap semasa solat dalam keadaan jahil.

vi. Kepayahan: tanaman yang terkena najis binatang yang membajaknya dimaafkan.

vii.  Kekurangan: orang gila dan juga bayi tidak diberikan tanggungjawab oleh syarak.












3. Kemudaratan hendaklah dihapuskan (Ad-Darar Yuzal) 


Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010, merupakan satu transformasi kerajaan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara, membangunkan sektor pertanian dan meningkatkan kualiti makanan negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sumber perundangan pertanian mengikut perspektif Islam. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis data-data yang dikumpulkan melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif serta menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen seperti laporan-laporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa sumber perundangan pertanian Islam ialah menghapuskan dharar, mengetengahkan konsep al-falah wa al-khusran, mewujudkan konsep al-khalifah, mengelakkan segala bentuk al-israf iaitu pembaziran, menekankan konsep awlawiyyah dalam meningkatkan kualiti makanan dan pendapatan negara, menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Implikasi kajian mencadangkan penerapan dasar pertanian Islam ke atas agensi yang terlibat khusus seperti Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani harus diberi perhatian berkaitan pembangunan pertanian dalam Islam dan pembangunan petani dalam melakukan usaha penambahbaikan ke atas pengurusan dan pentadbiran sejajar dengan hukum syarak.



Etika Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

SOALAN 1

1. Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia.


Botani adalah kajian saintifik untuk hidupan tumbuhan. Sebagai salah satu cabang biologi, botani kadang kala dirujuk sebagai sains atau biologi tumbuhan.Malah, ia merangkumi pelbagai disiplin saintifik yang mengkaji struktur, pertumbuhan, pembiakan, metabolisme, perkembangan, penyakit, ekologi dan evolusi tumbuhan.Pada setiap peringkat itu, seseorang ahli atau pakar botani mungkin membabitkan diri dalam pengelasan (taksonomi), struktur (anatomi), atau fungsi (fisiologi) kehidupan tumbuhan.Bagaimanapun, bukan semua tumbuhan berfaedah kepada manusia.Sebilangan rumpai menimbulkan masalah besar dalam pertanian dan botani membekalkan sebahagian pengetahuan sains asas untuk memahami bagaimana mengurangkan kesannya.Namun, ada juga rumpai menjadi tumbuhan perintis antara lain memulihkan alam sekitar yang disalah guna.

Pada masa sama tumbuhan juga membekalkan kita dengan pelbagai bahan semula jadi seperti kapas, kayu, kertas, kain linen, minyak sayuran, getah, dan sebilangan jenis tali.Pengeluaran sutera tidak mungkin terjadi jika tiada pokok mulberi.Pokok tebu dan tumbuhan lain turut digunakan sebagai sumber biobahan api yang menjadi alternatif untuk bahan api fosil.Tumbuhan juga boleh membantu kita memahami perubahan alam sekitar menerusi pelbagai cara.Pemahaman pemusnahan habitat dan pemupusan spesies bergantung kepada katalog yang tepat, lengkap untuk sistematik dan taksonomi tumbuhan.Tindak balas tumbuhan terhadap sinaran ultra ungu boleh membantu dalam pengawasan masalah seperti kesusutan ozon.Penganalisisan debunga yang dihasilkan tumbuhan pada ribuan atau jutaan tahun dahulu juga boleh membantu ahli sains dalam pembinaan semula iklim dahulu dan peramalan iklim masa hadapan.

Ini antara sebahagian yang penting dalam penyelidikan perubahan iklim.Malah, tumbuhan bertindak sebagai ‘sistem amaran awal’ untuk menyedarkan kita terhadap perubahan yang penting dalam alam sekitar.Selain daripada alasan praktik dan saintifik itu, tumbuhan jugat sangat bernilai sebagai rekreasi harian untuk berjuta-juta orang yang gemar berkebun, hortikultur dan memasak.Antara karya terawal, terdapat dua karangan panjang yang ditulis di sekitar 300 SM oleh Theophrastus: Tentang Sejarah Tumbuhan (Historia Plantarum) serta Tentang Sebab-sebab Tumbuhan. Kedua-dua buku itu sumbangan sains botani yang terpenting sejak purbakala hingga Zaman Pertengahan.Sementara itu, Dioscorides, seorang penulis perubatan Rom memberikan bukti-bukti yang penting berkenaan pengetahuan Yunani dan Rom terhadap tumbuhan perubatan.Menerusi penggunaan mikroskop awal, Robert Hooke menemui sel dalam gabus pada tahun 1665 dan tidak lama kemudian, dalam tisu tumbuhan hidup.Leonhart Fuchs dari Jerman, Conrad von Gesner dari Switzerland serta Nicholas Culpeper dan John Gerard dari United Kingdom menerbitkan karya berkenaan tumbuhan herba yang memberikan maklumat mengenai kegunaan perubatan tumbuhan.








2.  Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti.

Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor pertanian.Pelbagai ciptaan sains diselidik,direka dan digunapakai dalam sektor pertanian.Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil pertanian.
Penemuan ciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor pertanian dalam negara kita kerana dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih bermutu.Tambahan pula baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa penggunaan baja organik dapat menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.Contoh penggunaan baja organik telah meningkatkan kualiti hasil tanaman ialah hasil tanaman buah-buahan yang tidak mengandungi biji.Kemudahan bagi kita untuk makan dengan senang dan keselamatan bagi kanak-kanak untuk memakan buah-buahan tersebut.

Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil dengan cepat dan mudah. Kaedah yang digunakan kini iaitu menggunakan jentera mesin untuk menghasilkan hasil tanaman juga merupakan kemudahan yang kita dapat dari kemajuan sains dan teknologi.Dengan kemudahan jentera mesin,para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping menjimatkan tenaga dan masa.Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah.Contohnya jentera memproses padi.Masalah kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi memandangkan jumlah pendudk di negara kita semakin bertambah.Jentera memproses padi dapat memungut hasil tuaian dengan cepat dan berkuantiti banyak.Kaedah cara kawal perosak juga telah memberi peningkatan dari segi kualiti hasil pertanian iaitu hasil pertanian lebih baik dan sempurna.Jika dahulu,tanpa penggunaan kaedah dari sains dan teknologi,ramai petani menggunakan orang-orang untuk menghindari hasil tanaman diganggu burung.Tetapi tanaman masih diganggu oleh ulat yang menyebabkan kerosakan pada tanaman.Kaedah tanaman realistik maju dengan cara kawal perosak dapat menjimatkan kos,masa dan tenaga di samping menambah baik kualiti tanaman.

Apa yang kita lihat kini ialah faktor tanah,iklim dan saliran air juga dimanipulasi oleh sains dan teknolgi.Kebanyakan petani menggunakan kemudahan sains dan tenologi dalam pertanian untuk mengusahakan hasil pertanian mereka.Dengan cara begini, hasil pertanian lebih berkualiti dan kerkuantiti banyak dapat menambah pendapatan mereka sekaligus memajukan sektor pertanian dalam negara kita.Tanpa sains dan teknologi.mungkin cara bertani an sektor pertanian masih di takuk yang lama dan tidak dapat dimajukan.Tanpa sains dan teknologi juga mengakibatkan negara kita boleh kekurangan bahan makanan melalui pertanian memandangkan rakyat Malaysia semakin banyak dari tahun ke tahun.Kesimpulannya,sains dan teknologi banyak membantu kita dalam bidang pertanian.

 

 

Kaedah Fiqh

SOALAN 2 1. Setiap perkara dinilai berdasarkan niat (Al-Umur Bi Maqasidiha) Semua perkara yang berkaitan dengan perkra ibadat seperti puas...